Abs

Monday, 2 November 2015

decor impian yang sederhanaan dalam kesempurnaan

Salam.......masih ramai yang tidak tahu ataupun mungkin ada yang sudah mengetahuinya tapi ini cuma perkongsian sahaja.

Apa itu decor !!!
Decor adalah satu bentuk pengubahsuaian yang memastikan keselesaan, kepuasan dan kecantikan sesuatu perkara yg diinginkan dan sebagai contoh mengubah suai isi rumah bagi mencantikkan mengikut kesesuaian dan keselesaan individu.

Salam sejahtera kepada semua pembaca, kehidupan yang sempurna adalah bermula dari rumah yang mempunyai suasana indah dari segi setiap sudut isi rumah yang boleh melambangkan ketenangan atau sebaliknya.

Decor didalam sesuatu rumah amatlah penting bagi memberikan keselesaan, kepuasan dan kebahagiaan si penghuninya.

Penggunaan decor yang betul bakal memberikan impak yang sangat penting dalam Contoh lain seperti piring, mangkuk, teko, taplak meja, kain dan lain - lain turut dipergunakan bagi decor sesuatu ruangan keharmonian si penghuninya.

Decor terbahagi kepada dua iaitu :
1) hiasan figuratif ( manusia, benda -                  benda alam dan fauna, alam binatang,          benda buatan manusia dan alam flora          tumbuh - tumbuhan )

2) hiasan non figuratif yg menggambarkan sesuatu yang bebas ( bentuk - bentuk lengkung, garis - garis lurus, goresan - goresan, titik - titik dan bulatan.

Contoh lain seperti piring, mangkuk, teko, taplak meja, kain dan lain - lain turut dipergunakan bagi decor sesuatu ruangan.

Decor rumah tidaklah sesusah mana jika kita tahu susun atur yang betul seperti contoh ini:

 Dekor dibahagian ruang tamu.

Dekor ruang tamu ini biasanya menjadi pilihan jika inginkan decor yang sederhana tetapi nampak elegan yang tidak mengeluarkan modal yang banyak serta hanya menggunakan barang - barang atau perabut sudah sedia ada yang dipanggil ( DIY ).

Pada decor bahagian ruangan makan pula :


Contoh decor ruang makan ini pula nampak simple tetapi masih  menarik dan menyenangkan.

kemudian ruangan dibahagian dapur :


Walaupun jika dilihat ruangnya agak sempit tapi dengan atur cara susunan yang betul keadaan ruangan dapur masih dapat dilihat keselesaan dan nampak menarik.

Dan pada bahagian bilik pula :


Jika dilihat dari segi suai padanan color dinding,cadar dan juga sedikit hiasan dinding dapat menyerikan lagi suasana bilik yg nampak menarik

kita sebenarnya tidak memerlukan kos yang banyak tapi cukup sekadar kita tahu menggunakan ruang dengan sebaiknya, jika kita membeli barangan terpakai sekalipun ianya masih akan nampak cantik jika kita tahu menyusun suaikannya.

diruangan luar pula rumah kita pula adalah tempat yang paling penting sekali, jika dikawasan iaitu bahagian depan dan belakang tidak dijaga dengan baik, ia amatlah merugikan...jangan hanya ingin memikirkan bagaimana ingin mendecor bahagian dalam rumah sahaja sehingga tidak mengendahkan kawasan luar rumah pula. Cukup sekadar ianya bersih jika tidak ingin menghiaskannya.

sampai disini dulu penulisan perkongsian ini, moga setiap yang diperkatakan dapat memberi inspirasi kepada para pembaca.